Wednesday 11 May 2011

Bangganya bila dapat Mencarut dalam BLOG


Mencarut dalam blog seakan menjadi Trend akhir-akhir ini, masuk ja mana-mana blog mesti akan ada satu-dua entri yang mengandungi perkataan ": Gila, Pxxxmak!, Bodoh, Sial, Fxxk You,Bongok, Bitch, Bull Shit!dan macam-macam lagi perkataan yang sewaktu dengannya..dan yang paling best entry yang disulami dengan perkataan-perkataan itu merupakan enrty-entry yang mendapat komen terbanyak..yang peliknya antara tajuk entry mencarut itu ialah TAZKIRAH..tetapi isinya?? ..tazkirah dalam bahasa mencarut ke kak oooiii?

Ada lagi satu blog tu dia dok cerita jangan malukan mak bapak dengan dengan perangai macam hantu, tapi dia pula dengan tidak sedar dirinya guna perkataan mencarut, apa tu? mak bapa dia ajar dia mencarut dari kecik ke? ataupun mak bapak dia tak kesah dia guna bahasa mencarut sebab perangai mak bapaknya pun sama sahaja suka mencarut...bak kata pepatah "Bapak borek anak rintik".

Itu belum lagi dengan entry-entry memaki-hamun sehingga menyentuh sensitiviti seseorang, bangsa dan agama..bila tengok muka diorang tu nampak benar tak kena..tengok sekilas nampak macam baik je, tapi tengok bahasa..perghhh..boleh tahan! ada pula tu yang kalau dilihat dari cara dia menulis memang nampak 'educated' lagi..tapi minda tahap 'Low Class'...dia fikir dirinya hebat sangat, nampak lagi maha 'stupid' adalah.

Kesiannya, tidak tepat kalau dikatakan bahasa tu jiwa bangsa kalau rata-rata 'bangsa'nya mencarut-marut, mungkin disebabkan sudah sebati dengan penyakit Iri hati, dengki-mendengki..jadi mencarut itulah cara paling popular untuk menghina atau merendahkan orang lain.

Akhir sekali, ini bukan tazkirah untuk menyedarkan 'mereka-mereka' itu, tiada gunanya! ini hanyalah peringatan kepada saya supaya tidak dengan sengaja merendahkan martabat ibu-bapa saya juga diri saya sendiri bila mencarut suka hati. Adios!

Joker : manusia tidak pernah sempurna

0 ugly-truth:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...