Monday 23 May 2011

Apa kes Sanggul Tinggi ni?

Heboh isu sanggul tinggi ni di mana-mana terutamanya di blog-blog, kebanyakannya mengutuk fesyen sanggul tinggi ni, siap cakap orang bersanggul tinggi ni masuk neraka jannah! ada pula tu disamakannya pula perempuan bersanggul tinggi dengan kepala alien..hahahaha..yang bijak lebih sikit, siap bentang lagi hadis-hadis berkenaan sanggul tinggi ni..


Alahai..sibuk benar dengan sanggul tinggi ni..dulu-dulu takde pun kecoh-kecoh pasal ni, bila jadi trend barulah semua sibuk-sibuk korek sana-sini cari hadis berkaitan..islamic sangat lah konon!...yang sumbang-mahram, membunuh, merogol, zina sana-sini takde pula orang nak sibuk, alih-alih isu sanggul tinggi juga yang top!

Macamlah perempuan bersanggul tinggi buat dosa besar sangat sampai telah di'confirm'kan tempatnya di neraka..hahaha.. hanya sebab bersanggul tinggi je boleh masuk neraka ke?..jadi sia-sialah semua amalan mereka ni sebab alim macamana  pun, baik macamna pun, ikhlas macamana pun, mereka akan tetap masuk neraka hanya disebabkan sanggul tinggi mereka! haiyooo....

Kenapalah fikiran cetek sangat, kalau orang yang minat dengan islam terbaca isu-isu begini mesti diorang akan kata susahnya menjadi islam...sedangkan apa yang diberitahu islam itu memudahkan, apa yang mudahnya kalau bersanggul pun boleh masuk neraka? ingat ada ke orang nak masuk neraka free-free hanya kerana bersanggul??

Inilah kenyataan sebenar manusia yang sudah diasuh sejak kecil lagi dengan sifat/sikap iri-hati dan dengki-mendengki..maka, apa saja yang nampak lebih pada orang lain dia mesti akan buat 'bunyi' punya...siap kaitkan isu agama lagi supaya nampak segalanya salah dan tak betul pada orang lain dan semuanya yang baik-baik sahaja pada dia sebab dia tak buat! so?? yang kau mengutuk, dengki, iri-hati tu apa?? itu lagi parah kak ooiii...itu namanya penyakit hati!!

Jadi daripada dok sakit hati kat orang lain, lagi baik kita sama-sama tilik-menilik diri sendiri..mana tau ada terkurang ke, terlebih ke..sama-samalah kita perbaiki diri. Terima Kasih.

p/s : Tajdidkan minda...jangan JUMUD!

Ulasan DRMAZA mengenai Hukum Wanita Bersanggul : SINI

2 ugly-truth:

LoveShak said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wanita boleh bersanggul.. kalau rambut dia panjang leh ikat sanggul.. kalau rambut pendek, pastu pakai sanggul palsu pe kes..

rata2 yg sanggul bonggol unta dlm tudung skrg ni memakai sanggul PALSU yang memang DIJAHIT dalam scarf tu sdiri. :)

TUT -The Ugly Truth said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Lovesucks tapi tak bermaksud dia pakai sanggul bonggol unta then she's directly go to hell!...itu sanggul je la..palsu ke ori ke..itu hanya sanggul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...